Monday, 19 September 2011

Kronologi Perkembangan Pendidikan Sains Di Malaysia

  • 1939 - Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri-negeri Selat.
  • 1940 - Melayu Bersekutu telah menggubal tujuan pendidikan sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains yang menawarkan kursus empat tahun Sains Am di sekolah menengah.
  • 1948 - Hanya terdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri Melayu Bersekutu yang dapat menawarkan kursus Sains.
  • Semasa Perang Dunia Kedua - Pelaksanaan Pendidikan Sains terhenti.
  • Selepas Perang Dunia Kedua - Kursus Sains Am telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di semua sekolah menengah berasaskan sukatan pelajaran Britain ketika itu.
  • Selepas Merdeka - Dasar ini telah diperkemas dan diperluaskan dengan adanya kesedaran tentang peranan pendidikan Sains dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
  • Semasa RMK-2 - kerajaan telah memberi penekanan dan komitmen terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi.
  • 1960-an - Beberapa perubahan kurikulum sains dilakukan, termasuklah Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah dan Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik, Kimia dan Rampaian Sains) bagi Sekolah Menengah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

                        Projek Khas Sains Sekolah Rendah
·        Matlamat utamanya adalah untuk membolehkan kanak-kanak mempelajari sains dan hisab yang sesuai dengan peringkat umur mereka serta menggunakan fakta-fakta dan proses asasi dalam pengajaran.
·        1971 - Panduan mata pelajaran Sains dan Hisab bagi kegunaan guru telah disediakan.
                        Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah

·        1950-an - 1960-an - Kurikulum tradisi mata pelajaran sains terlalu mementingkan fakta, kerja-kerja makmal menyediakan latihan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk pemikiran saintifik  serta tidak menggambarkan ilmu sains seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli sains.
                       Kurikulum Sains Moden

·        1969 - Kurikulum Sains Moden diperkenalkan di mana Sains Paduan untuk Sekolah Menengah Rendah yang diubah suai daripada ‘Scottish Integrated Science’ kepada 22 buah sekolah.
·        1972 - Sains tulen moden iaitu biologi, fizik dan kimia untuk sekolah menengah atas diperkenalkan kepada 10 buah sekolah.
·        1974 - Rampaian Sains Moden untuk Sekolah Menengah bagi aliran Sastera diperkenalkan.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
                     
·        1979 - Jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan.
·        1983 - KBSR telah dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. Mata pelajaran Sains, Sejarah, Geografi, Kesihatan dan Sivik digabungkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia (murid Tahun Empat hingga Tahun Enam).
·        1988 - Mata pelajaran Alam dan Manusia telah dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah.
·        1989 - KBSM diperkenalkan (penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (Malaysia 1988a)
·        1994/95- Mata pelajaran sains telah diperkenalkan semula kepada murid Tahun 4(KBSR).
  • 1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
  • 1994 - Mata pelajaran Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
  • 2002 - Kementerian Pendidikan melaksanakan mata pelajaran Sains Tahap Satu.
  • 2003- PPSMI diperkenalkan. Matematik dan sains diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah dan menengah.
  • 2011 - Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

15 comments:

  1. bagus... mempunyai maklumat yang banyak dengan dilengkapi tahun tetapi diharap penyusunan lebih teratur...^_^...

    ReplyDelete
  2. syukran d ats komen2 anda =)
    sgala kelemahn akn kami baiki tuk akn dtg...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Semasa membuat kronologi perkembangan pendidikan sains di Malaysia, saya dapati pelbagai perubahan yang positif dilaksanakan oleh kerajaan dalam memperkasa pendidikan Sains di sekolah. Perubahan ini termasuklah daripada segi pelaksanaan kurikulum yang baru yang bersesuaian dengan masa dan keadaan di mana yang terbaru memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun ini menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Di sini, kita dapat melihat subjek Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan kepada pelajar Tahun Satu yang bagi saya penting dalam menarik minat cilik dalam bidang sains. Perubahan juga dapat dilihat dalam pengajaran di mana yang dahulunya mementingkan fakta dan kini menekankan proses sains yang sememangnya memudahkan pemahaman pelajar dan bukan hanya menghafalnya. Berkenaan pelaksanaan PPSMI, saya kurang bersetuju kerana ini sememangnya akan meningkatkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar yang telah sedia ada. Mengikut pengalaman seorang guru yang mengajar di luar bandar mengatakan pelajar luar bandar sememangnya menghadapi masalah dalam memahami Bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan hanya masalah untuk memahami mata pelajaran Sains berbeza dengan pelajar bandar yang tiada masalah berkenaannya. Cadangan saya dalam memperkasa pendidikan Sains adalah diharapkan kerajaan sentiasa memperlengkap makmal-makmal di sekolah dengan peralatan dan model-model lebih canggih mengikut keadaan semasa bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains. Kerajaan juga boleh mengadakan membahagikan waktu kuliah dan amali bagi mata pelajaran Sains setiap minggu bagi menjadikan pembelajaran Sains yang berkesan kepada pelajar.

    sekian=)

    ReplyDelete
  4. semakin lama semakin berkemajuan taraf pendidikan sains di malaysia....faktor yang mempengaruhi kamajuan pendidikan sains saling berkait rapat...sekiranya faktor tersebut diberikan kemajuan lagi, ini akan menambahbaikkan taraf pendidikan sains...

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera, selepas membaca kronologi ini, saya dapat menyatakan bahawa perkembangan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan sains luar negara khasnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja. Aktiviti amali turut disertakan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali.Subjek sains merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. Maka matapelajaran ini sangat penting dan perlu dikuasai oleh pelajar.Pelajar asyik membuat salah tanggapan bahawa subjek sains adalah susah dan sukar difahami. Antara salah faktor yang menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks. Guru perlu menggunakan konsep e-pembelajaran dalam pengajaran suspaya pelajar lebih minat dalam subjek ini kerana Pendidikan sains dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang dari segi perkembangannya dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia….
    Pada pendapat saya ,perkembangan sains di Malaysia terus berkembang sejak diperkenalkan pada zaman penjajah lagi.Kita dapat lihat kerajaan begitu memandang serius dalam menyusun sukatan pelajaran sains bersesuaian dengan perkembangan masa dan zaman.Hal ini adalah penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Perubahan yang telah dilakukan terhadap kurikulm sains penting supaya pelajar dapat memperluaskan kefahaman konsep dan mengaplikasikan penggunaannya dalam situasi kehidupan sebenar.Selain itu, guru juga dapat meningkatkan kefahaman konsep sains serta strategi pembelajaran yang lebih afektif supaya pelajar tidak tersalah konsep dengan apa yang diajar oleh guru.Pada pendapat saya, mata pelajaran sains yang diperkenalkan Dunia Sains dan Teknologi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan pada tahun 2011 kepada pelajar tahun satu diharapkan dapat menjadi platform yang dapat menarik minat yang lebih mendalam dikalangan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sains berbanding dengan pembelajaran sains yang bermula kepada pelajar tahun empat sebelum tahun 2002.

    ReplyDelete
  7. susunan carta kurang untuk difahami kerana bermacam warna serta tulisan yang digunakan. maklumatnya ringkas dan senang untuk difahami.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Semasa membuat kronologi pendidikan sains di Malaysia , saya mendapati pelbagai usaha yang telah kerajaan lakukan untuk meningkatkan penguasaan bidang sains untuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Seterusnya, nilai kerjasama antara ahli kumpulan dapat dilihat semasa perbingcangan dilakukan kerana masing- masing bekerjasama berkongsi idea untuk melaksanakan tugasan yang telah di berikan oleh Dr. Razak.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    good job...isi yang mantap tetapi harap penyampaian lebih baik lagi pada masa seterusnya agar nampak lebih kemas dan senang untuk dibaca...renung2kan...sekian

    ReplyDelete
  10. Isi teratur...mudah difahami..persembahan yang baik.Daripada isi yang diberikan kita dpat lihat perubahan sistem pendidikan di Malyasia dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  11. tidak dapat dinafikan konten sememangnya mantap dan teratur..dapat dilihat dengan jelas kronologi perkembangan sains berdasarkan peta minda di atas..cuma mungkin tona warna tulisan tidak berapa sesuai dengan latar belakang yang digunakan..
    sekadar berkongsi pandangan =)

    ReplyDelete
  12. salam peradaban.... pertama nak mengutuk:- why background so grey? isi kandungan menetapi secara terperinci perubahan sains tetapi kenapa display point tu dalam ayat yang panjang.. btw...good try n hopefully would be improvement..gotcha

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Blog yang menarik. Tapi mungkin penggunaan warna background dan tulisan boleh dibuat penambahbaikan.

    ReplyDelete
  14. Asslammualaikum..saya amat tertarik dengan perkongsian ilmu ini..
    saya ingin bertanya tentang rujukan yang penulis rujuk untuk menulis kronologi ini..
    Mungkin penulis boleh beri cadangan buku atau sumber yang penulis gunakan kerana saya sedang menjalankan kajian mengenai bidang pendidikan sains..mohon perkongsian daripada penulis..sebarang cadangan amat dialu-alukan dan amat dihargai (nurliyanali@gmail.com) bagi membantu saya dalam penulisan yang berkesan..terima kasih

    ReplyDelete