Wednesday 28 September 2011

Aktiviti 5


Jana contoh-contoh fakta , konsep, prosedur, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing (Light, Colour and Sight).


Huraian Hieraki Pengetahuan Bloom
Contoh-Contoh
1.    Fakta
·         The image in a plane mirror is virtual, upright, laterally inverted, the same size as the object and the object distance same as the image distance from the plane mirror.
·      The characteristic of image formed by a convex lens for a distant object is real, inverted, diminished and on the opposite side of the object.
·         The characteristic of image formed by a convex lens for a near object is virtual, erect, magnified and the image is form on the same side of the object.
·         The characteristic of image form by a concave lens is always virtual, erect, diminished and on the same side as the object.

2.    Konsep
·         Focal point (F) is the point when the parallel rays of light pass through a convex lens converged and met.
·         Optical centre (O) is the centre of the lens.
·         Focal length (f) is the distance between the focal point and the optical centre.
·         Principle axis is the line passing through the two focal points and the optical centre.

3.    Prosedur
·         Step for drawing image by light rays passing through a convex lens:

                              i.            Draw a convex lens and a horizontal line through the optical centre.
                            ii.            Mark the position of the focal length as F and point 2F on both sides of the lens.
                          iii.            Draw the object as an arrow.
             iv.     Draw rays using any two of the construction rules for concvex lens.
             v.       Draw the image at the point of intersection of the two constructed rays.
·         Step for drawing image by light rays passing through a concave lens:

                              i.          Draw a concave lens and a horizontal line through the optical centre.
                            ii.          Mark the position of the focal length as F and point 2F on both sides of the lens.
                          iii.          Draw the object as an arrow.
             iv.     Draw rays using any two of the construction rules for concave lens.
                            v.          Draw the image at the point of intersection of the two constructed rays

4.    Klasifikasi
·         Image form by convex lens can be illustrated by drawing ray diagram as using following construction rules :

Rules for Convex lens
Rules for Concave lens
A ray parallel to principle axis is converged to focal point F after passing through the lens.

A ray parallel to the principle axis is diverged in such a way that it appears to come from the focal point F.
A ray passing through optical centre O ravel straight on.

A ray directed towards the optical centre O travel straight on.
A ray passing through the focal length F becomes parallel after passing through the lens.
A ray directed towards the focal point F becomes parallel after passing through the lens.
5.    Generalisasi
-



Bina satu peta konsep atau peta minda untuk melihat hubungan antara elemen-elemen analisis mereka itu.

Aktiviti 6


Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalam topik kumpulan masing-masing (Light, Colour and Sight).


Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan penggunaan pergerakan otot (seperti kemahiran manipulatif, melakukan eksperimen, melukis rajah dan sebagainya). Antara kemahiran dalam topik 'Light, Colour and Sight' adalah:
  • Melukis gambar rajah sinar bagi mendapatkan imej yang terbentuk daripada sinar yang dipantulkan oleh cermin satah dan sinar yang melalui kanta cembung dan kanta cekung.
  • Melukis gambar rajah sinar yang melalui alatan optik.
  • Melabel rajah sinar yang menunjukkan imej yang terbentuk daripada sinar yang dipantulkan oleh cermin satah dan sinar yang melalui kanta cembung dan kanta cekung.


    Aktiviti 4


    Nyata dan huraikan contoh PCK yang dapat digunakan untuk mengajar topik kumpulan masing-masing (Light, Colour and Sight).
    • Jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) yang dimiliki kepada pengetahuan isi kandungan (apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi isi kandungan. 
    • Contoh (LIGHT, COLOUR AND SIGHT) : melakukan aktiviti untuk menghasilkan imej yang dihasilkan oleh objek dari jarak yang jauh dengan menggunakan kanta cekung dan kanta cembung. Dengan menggunakan simulasi komputer, video, carta dan rajah cahaya, imej yang dihasilkan dapat dibandingkan dan dapat dikenalpasti.

        Aktiviti 7

        Huraikan secara ringkas maksud semua teras pengetahuan guru kecuali PCK (pedagogical content knowledge).

        1.  Pengetahuan isi kandungan (Content knowledge) - Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan  pengesahan.
        2. Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge) - Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar.
        3. Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge) - Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas, mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran.
        4. Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their characteristics) - Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu, sifat sosial mereka, tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah, budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka.
        5. Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts) - Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung: sekolah, bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat.
        6. Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah (Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds) - Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.

        Aktiviti 2



        Kurikulum Sains KBSM

        KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1989 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia berkesinambungan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).KBSM penting untuk merealisasikan pembinaan insan yang berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek mengikut Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum Sains KBSM bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Kurikulum Sains KBSM menggabungkan tiga pendekatan dalam proses pembelajaran dan pengajaran iaitu mengajar cara berfikir, mengajar untuk berfikir dan mengajar tentang berfikir .Kurikulum Sains yang dilaksanakan penting untuk membentuk warganegara kritis, kreatif dan berinovatif, dan dapat mengaplikasikan budaya sains dan teknologi untuk keperluan negara. 

        Kurikulum sains KBSM terdiri daripada mata pelajaran teras dan empat mata pelajaran elektif iaitu Biologi, Fizik, Kimia, dan Sains Tambahan . Bagi memastikan matlamat kurikulum Sains KBSM terlaksana, Pelan Akademik kurikulum Sains disusun atur dengan sukatan pembelajaran teratur yang menepati standard seperti NSES yang menggariskan matlamat, objektif, penekanan dan kandungan kurikulum yang harus dicapai oleh pelajar dalam sesuatu mata pelajaran mengikut skop dan urutan kandungan pembelajaran .Setiap sukatan pembelajaran yang mempunyai huraian sukatan pembelajaran yang terdiri daripada maklumat tentang matlamat dan objektif kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran dan isi kandungan. Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap objektif pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan sains dan teknologi. Selain itu, rancangan kandungan khusus adalah sama dengan sukatan pembelajaran sekolah menengah. KBSM hanya memfokuskan kepada kurikulum sekolah menengah kerana kurikulum Sains KBSM tidak mempunyai kursus atau program pengajian seperti yang terdapat di peringkat pengajian tinggi . Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat bagi memudahkan guru dan pelajaran untuk membuat rujukan. 


        Kurikulum Sains KBSM dilaksanakan berdasarkan kerangka kurikulum yang berpandukan Tyler Rationale kerana Kurikulum Sains KBSM dibuat oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pelajaran Malaysia.Di dalam kurikulum Sains KBSM juga, terdapat beberapa jenis kurikulum iaitu kurikulum rasmi kerana ianya didokumentasikan dalam Kurikulum Pendidikan, kurikulum operasi yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan, kurikulum utama kerana mata pelajaran sains seperti mata pelajaran sains teras wajib diajar di semua sekolah menengah, kurikulum tersembunyi kerana melibatkan norma atau nilai melalui peniruan tingkah laku guru, peraturan sekolah dan budaya di sekolah. 


        Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 


        Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah kurikulum menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) berdasarkan transformasi pendidikan yang dilaksanakan pada pelajar Tahun 1 bermula pada tahun 2011.Perubahan yang dilakukan kepada sukatan semua mata pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan beban pelajar dengan pembelajaran yang mengurangkan fokus kepada peperiksaan kepada pendidikan menyeluruh. Kurikulum yang diperkenalkan berbentuk modular iaitu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atatu unit yang dinamakan modul. 

        Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 


        Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan mula dilaksanakan pada tahun 2014 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) .Tujuan pelaksanaannya adalah sama dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu melakukan perubahan terhadap sukatan pada semua mata pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta mengurangkan beban pelajar dengan pembelajaran yang mengurangkan fokus kepada peperiksaan.


        Tuesday 27 September 2011

        Aktiviti 3




        Huraikan secara ringkas maksud setiap jenis pengetahuan berikut:


        Pengetahuan deklaratif

        • Huraikan apa yang diketahui berkenaan masalah tersebut.
        • Termasuk pernyataan ringkas/mudah yang dimasukkan sama ada benar atau salah.
        • Senarai pernyataan yang lebih menghuraikan objek atau konsep.

        Pengetahuan bertatacara 
        • Mengenai bagaimana masalah diselesaikan .
        • Menyediakan panduan bagaimana melaksanakan sesuatu.

        Pengetahuan Berstruktur 

        • Mengenai struktur pengetahuan.
        • Tentang model mental pakar secara keseluruhan.
        • Model mental berkenaan konsep, subkonsep dan objek.

        Pengetahuan eksplisit 
        • Tersurat dan tertulis.
        • Berasaskan peraturan yang digunakan untuk memadankan sesuatu tindakan kepada situasi.
        • Digunakan untuk menghasilkan sesuatu rutin, prosedur operasi dan rekod-rekod strutur data.
        • Boleh dipindah dari seorang ke orang yang lain.

        Pengetahuan Tanpa Dizahirkan (Tacit) 
        • Tersirat.
        • Pengetahuan peribadi yang sukar dizahirkan.
        • Bersifat tidak terlihat.

        Monday 19 September 2011

        Kronologi Perkembangan Pendidikan Sains Di Malaysia

        • 1939 - Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri-negeri Selat.
        • 1940 - Melayu Bersekutu telah menggubal tujuan pendidikan sains dan menyusun sukatan pelajaran Sains yang menawarkan kursus empat tahun Sains Am di sekolah menengah.
        • 1948 - Hanya terdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri Melayu Bersekutu yang dapat menawarkan kursus Sains.
        • Semasa Perang Dunia Kedua - Pelaksanaan Pendidikan Sains terhenti.
        • Selepas Perang Dunia Kedua - Kursus Sains Am telah dijadikan sebahagian daripada kurikulum di semua sekolah menengah berasaskan sukatan pelajaran Britain ketika itu.
        • Selepas Merdeka - Dasar ini telah diperkemas dan diperluaskan dengan adanya kesedaran tentang peranan pendidikan Sains dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
        • Semasa RMK-2 - kerajaan telah memberi penekanan dan komitmen terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi.
        • 1960-an - Beberapa perubahan kurikulum sains dilakukan, termasuklah Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah dan Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik, Kimia dan Rampaian Sains) bagi Sekolah Menengah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

                                Projek Khas Sains Sekolah Rendah
        ·        Matlamat utamanya adalah untuk membolehkan kanak-kanak mempelajari sains dan hisab yang sesuai dengan peringkat umur mereka serta menggunakan fakta-fakta dan proses asasi dalam pengajaran.
        ·        1971 - Panduan mata pelajaran Sains dan Hisab bagi kegunaan guru telah disediakan.
                                Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah

        ·        1950-an - 1960-an - Kurikulum tradisi mata pelajaran sains terlalu mementingkan fakta, kerja-kerja makmal menyediakan latihan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif dan bukan menyediakan latihan untuk pemikiran saintifik  serta tidak menggambarkan ilmu sains seperti yang diamalkan oleh ahli-ahli sains.
                               Kurikulum Sains Moden

        ·        1969 - Kurikulum Sains Moden diperkenalkan di mana Sains Paduan untuk Sekolah Menengah Rendah yang diubah suai daripada ‘Scottish Integrated Science’ kepada 22 buah sekolah.
        ·        1972 - Sains tulen moden iaitu biologi, fizik dan kimia untuk sekolah menengah atas diperkenalkan kepada 10 buah sekolah.
        ·        1974 - Rampaian Sains Moden untuk Sekolah Menengah bagi aliran Sastera diperkenalkan.

        Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
                             
        ·        1979 - Jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan.
        ·        1983 - KBSR telah dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. Mata pelajaran Sains, Sejarah, Geografi, Kesihatan dan Sivik digabungkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia (murid Tahun Empat hingga Tahun Enam).
        ·        1988 - Mata pelajaran Alam dan Manusia telah dilaksanakan sepenuhnya di semua sekolah rendah.
        ·        1989 - KBSM diperkenalkan (penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (Malaysia 1988a)
        ·        1994/95- Mata pelajaran sains telah diperkenalkan semula kepada murid Tahun 4(KBSR).
        • 1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
        • 1994 - Mata pelajaran Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
        • 2002 - Kementerian Pendidikan melaksanakan mata pelajaran Sains Tahap Satu.
        • 2003- PPSMI diperkenalkan. Matematik dan sains diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah dan menengah.
        • 2011 - Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

        Wednesday 14 September 2011

        Model Pengajaran - Kes


        Definisi Kes


        Menurut Judith H. Shulman dan Joel A. Colbert, kes adalah peristiwa atau rentetan peristiwa yang dramatik, "candid" dan menarik tentang pengajaran pembelajaran. Ia boleh ditulis oleh guru atau penyelidik dan menggambarkan sesuatu masalah yang sengaja dibentuk untuk mencetuskan perbincangan. Kes bukan sahaja cerita biasa malah fungsinya lebih luas daripada itu. Ia boleh menjadi wacana untuk meluaskan pengetahuan.

        Jenis-jenis Kes Pengajaran
        Lee S. Shulman mengenalpasti 3 jenis kes pengajaran:
        1. Prototype - Menghuraikan tentang prinsip-prinsip teori
        2. Precedents - Sebagai panduan atau rujukan
        3. Parables - Menghuraikan tentang norma-norma dan nilai-nilai
        Komponen-komponen Kes
        1. Permasalahan: peristiwa khusus atau rentetan peristiwa
        2. Konteks: latar belakang kes
        3. Huraian Lanjut: huraian tentang peristiwa
        4. Refleksi: analisis dan renungan kendiri
        5. Reaksi: komen dan pandangan daripada pihak-pihak yang berkenaan
        Kegunaan Kes
        1. Pengajaran
        • Sebagai rujukan (precedent) untuk menyelesai masalah.
        • Digunakan dalam pengajaran yang melibatkan moral dan etika.
        • Menggalakkan guru pelatih berfikir sebagai guru terlatih
        • Memberi keyakinan kepada guru pelatih menangani cabaran
        1. Penulisan
        • Sebagai model untuk menulis kes-kes lain
        1. Penyelidikan
        • Sebagai bahan rujukan para penyelidikan pendidikan
        • Sebagai satu metodologi penulisan penyelidikan pendidikan
        1. Pembacaan
        • Sebagai sumber bacaan dan rujukan tambahan.
        Fasa Pembelajaran Berasaskan Kes

        Pembelajaran berasaskan kes boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama seperti penulisan, penggunaan dan penyebaran.