Wednesday, 5 October 2011

Memahami Tabii Sains (Aktiviti 2)

Pilih satu nilai murni dan satu topik sains.

Topik: ‘Light, Colour and Sight’

Nilai Murni: Cahaya, warna dan penglihatan merupakan satu kelebihan yang harus disyukuri


Huraikan bagaimana guru sains boleh menerapkan nilai murni semasa mengajar sains?

Penerangan : Melalui topik ini, pelajar dapat mempelajari sifat-sifat cahaya yang melalui banyak medium dan menghasilkan sifat imej yang berlainan. Sifat-sifat cahaya inilah yang penting dalam membantu kehidupan seharian seperti periskop, teleskop dan kamera. Tanpa cahaya, hidup kita juga berada dalam kegelapan di malam hari. Warna pula mewarnai kehidupan kita dengan pelbagai jenis warna dan mempunyai kepentingannya. Sebagai contoh, kita dapat melihat kepentingan warna terhadap haiwan dan tumbuhan. Walaupunbagaimanapun mungkin penglihatan kita mempunyai batasan seperti tidak dapat melihat objek jauh, namun kita perlu bersyukur kerana terdapat segelintir orang yang tidak dapat melihat dunia yang indah ini.


Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah:

  • Setiap pelajar perlu memikirkan satu aplikasi penggunaan cahaya dan warna dalam kehidupan seharian dan bincangkan bersama di dalam kelas.
  • Membuat ‘kamera’ yang mudah menggunakan alatan terbuang seperti di sini.
  • Menayangkan video keindahan alam yang berwarna-warni di sini dan bincangkan kegunaan warna bagi haiwan dan tumbuhan.

No comments:

Post a Comment