Monday, 17 October 2011

BAB 6: AKTIVITI 1



Apakah ciri-ciri PBM yang menjadikannya sebagai satu pendekatan inkuiri
1. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
2. Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari).
3. Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan
4. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
5. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
6. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
Berdasarkan pengalaman, nyatakan bagaimana PBM melatih pelajar menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner).
PBM merupakan satu cara pendekatan inkuiri dalam pembelajaran untuk menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah yang diberikan. PBM ini tidak hanya untuk pembelajaran di dalam kelas semata-mata tetapi juga boleh dipraktikkan oleh pelajar dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, jika pelajar itu menghadapi masalah seharian, mereka boleh menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah tersebut. Di samping itu, PBM ini dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dari masa ke semasa. Pengetahuan ini bertambah dalam proses mencari dan mengumpul bahan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Justeru, pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan menerusi PBM.

No comments:

Post a Comment